KENAPA UKUR LILIT PERUT ANDA BERTAMBAH

Saturday, August 23, 2014

Masalah PERUT BUNCIT !!! Boleh dikatakan ramai diantara kita ada masalah ni..sudah berkahwin atau belum berkahwin pun mengalami masalah PERUT BUNCIT. Tahukah anda ukur lilit perut yang ditetapkan oleh WHO ( Organisasi Kesihatan Sedunia ) untuk Asia Pasifik adalah :

  • Lelaki dibawah 90 cm
  • Wanita dibawah 80 cm

PUNCA BERTAMBAHNYA UKUR LILIT PERUT

1. GAYA HIDUP 
  • Pola pemakanan yang tidak betul merupakan punca PERUT BUNCIT. Ditambah pula dengan kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh serta pengambilan makanan yang melebihi keperluan harian anda.
  • Kebanyakkan kalori terdapat dalam makanan yang kurang serat ataupun tinggi lemak tepu. Contohnya seperti makanan yang diproses iaitu daging, beberapa jenis marjerin, makanan bergoreng yang mengunakan minyak berulang kali, beberapa jenis kuih dan daging merah adalah antara penyumbang utama.

2. USIA
  • Secara semulajadinya, apabila usia seseorang bertambah, segala aktiviti turut berkurangan. Termasuklah jisim otot turut berkurangan, oleh itu ini akan menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut.
  • Sekirannya segala aktiviti yang berkurangan tidak diseimbangkan dengan pengambilan kalori, akibatnya semakin berusia, perut akan membuncit.

3. KETURUNAN
  • Ada sesetengah pendapat mengatakan sekirannya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak-anak juga berpontensi untuk memiliki perut yang besar. Kebanyakkan lelaki lebih cenderung menyimpan lemak di perut atas yang menyebabkan perut buncit.
  • Sebahagian daripada wanita pula lebih cenderung menyimpan lemak di perut bawah, peha & pinggul.

4. ALKOHOL
  • Kajian telah menunjukkan, pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan tubuh kurang efisien dalam pembakaran lemak.

5. HORMON
  • Peningkatan stress dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga menyebabkan lemak di perut bertambah.Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak sekali gus meningkatkan penimbunan lemak di perut.

Saya Agen L'AROME APPLE STEM CELL bagi kawasan JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG

COD area Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, Giant Southern City (Taman Suria), Tesco Tebrau, Aeon Tebrau, Plaza Angsana, Larkin Perdana (maybank @ Petronas), Pasar Larkin, Kip Mart Masai (Pasir Gudang), UO Pasir Gudang, Aeon Permas Jaya.

Call/Whatsapp/SMS/Telegram 012 9950402 / 017 9291087 (Jue)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...