JENIS-JENIS GEMUK

Sunday, December 7, 2014
Assalamualaikum..

Hi semua...

Apa yang anda tahu tentang GEMUK??

Masalah GEMUK ini terjadi apabila jumlah kalori yang kita ambil, melebihi dari jumlah kalori yang di perlukan oleh tubuh kita. Apabila jumlah kalori ini berlebihan, maka ia akan terkumpul seterusnya akan menjadi LEMAK yang terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti perut, peha, lengan, pinggul dan betis. 

Ayat yang paling mudah bila makan banyak dan bila ia tidak ditukarkan kepada tenaga, maka terkumpulan ia dalam badan sebagai lemak.




Untuk pengetahuan anda Gemuk boleh di bahagi kepada 4 jenis iaitu :


1. GEMUK AIR
  • Gemuk ini menyebabkan badan menyimpan jumlah air yang tidak diperlukan oleh badan.
  • Ciri-ciri gemuk air adalah badan akan menggelebir dan lembik akibat dari air yang berlebihan tadi.
  • Mereka yang mengalami gemuk air ni cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Sekirannya mereka timbang berat pada waktu pagi dan malam, terdapat perubahan antara 1 ke 2 kg, kadang kala terlebih atau terkurang. Ini menunjukkan terdapat gumpalan air di dalam badan.
  • Kebanyakkan mereka yang mengalami ini adalah mereka yang baru berkahwin dan ibu-ibu lepas bersalin, gemuk air ni juga agak mudah nak turun berat.


2. GEMUK ANGIN
  • Gemuk angin ni sama je dengan gemuk air, badan jenis menggeleber dan lembik. Tetapi mereka yang dallam kategori gemuk angin mudah sendawa, perut kerap sebu, mudah pening, loya dan juga kerap kentut-kentut, kena hati-hati ye..
  • Gemuk angin ni juga agak mudah nak turun berat.


3. GEMUK OTOT/LEMAK
  • Mereka yang gemuk ini biasanya keadaan badan mereka agak pejal. Gemuk ini terjadi disebabkan oleh masalah kegemukkan yang sudah terlalu lama, contoh gemuk dari kecil.
  • Untuk jenis gemuk ini proses penurunan berat badan agak lama kerana lemak sudah bergumpal dengan daging.

ok dah tahu kan anda berat jenis apa kan..??? jangan bimbang, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tak kisah apa cara yang anda guna pastikan ianya bukan sahaja berkesan tetapi SELAMAT untuk anda. Jangan mudah putus asa ye...




Saya Stokist L'AROME JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 012 9950402
FB : L'arome Johor Bahru
Instagram : @laromejohorbahru


AGEN DIPERLUKAN DISELURUH NEGARA !!!!

MAKANAN YANG BOLEH MEMBAKAR LEMAK

Friday, December 5, 2014
Assalamualaikum..

Hi semua...

Lama dah tak buat entri di sini kan... ok hari ni saya nak share tentang makanan yang boleh MEMBAKAR LEMAK. Anda tahu tak???

Kalau anda nak tahu, jom baca sampai habis. :)

Berikut merupakan antara makanan yang boleh membantu untuk pembakaran lemak:



1. BAWANG MERAH/PUTIH
  • Tahukah anda ??? bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti SULFUR yang boleh membantu pembakaran LEMAK.
  • Bawang juga mampu untuk melancarkan penghadaman dan meningkatkan sistem metabolisme seseorang.



2. TOMATO
  • Tomato kaya dengan Vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Kalori yang terkandung di dalam tomato juga amat rendah sehinggakan ia menjadi makanan pilihan bagi mereka yang sedang berdiet.



3. PUTIH TELUR
  • Merupakan sumber protein yang paling baik kerana proteinnya membantu untuk membakar lemak. Tetapi elakkan atau kurangkan pengambilan kunig telur kerana ia mengandungi KOLESTROL yang tinggi.




4. LADA
  • Lada mengandungi Vitamin A, C , serat, Kalsium dan Fosforus yang mampu untuk meningkatkan kadar metabolisme dan secara tidak langsung ia membantu prose pembakaran lemak.



5. ANGGUR
  • Anggur sememangnya kaya dengan Vitamin C dan ia juga mempunyai PEKTIN. Kebaikan PEKTIN adalah ia dapat menurunkan tahap KOLESTROL seseorang.



6. LOBAK MERAH
  • Lobak merah sangat kaya dengan KAROTINA sejenis Vitamin A yang mampu untuk melancarkan sistem penghadaman dan mampu untuk membakar sisa-sisa lemak di dalam tubuh kita.



7. TIMUN
  • Kebaikan timun kepada buah pinggang kerana ia mampu membersihkan asid urik dan juga membantu pembakaran lemak.



Saya Stokist L'AROME JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 012 9950402
FB : L'arome Johor Bahru
Instagram : @laromejohorbahru


AGEN DIPERLUKAN DISELURUH NEGARA !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...